Ahad, 27 September 2015

A-Life Cancer 360-i.

Sudah Sakit Pun Boleh Memohon Pelan Takaful? 


Seringkali saya menerima permohonan pelan takaful atau insurans dari pada prospek yang telah mempunyai penyakit. Bagaimanapun, salah satu syarat untuk memiliki pelan-pelan takaful/insurans dari mana-mana syarikat adalah harus memiliki kesihatan yang baik.Sehinggalah AIA Public Takaful memperkenalkan pelan Takaful terbaru di pasaran iaitu A-Life Cancer 360-i.


Kanser adalah antara penyakit kritikal yang paling banyak berlaku di dalam dunia


Kelayakan Memohon.
Anda sudah ada sakit kritikal seperti diabetes, buah pinggang, sakit jantung, slipdisc, stroke, darah tinggi dan sebagainya?

Kebiasaannya, anda sudah tidak layak memiliki apa-apa pelan takaful atau insurans. Bagaimanapun, sekiranya anda masih belum didiagnos apa-apa sakit kanser, anda masih ada peluang terakhir untuk mendapatkan pelan takaful dengan A-Life Cancer 360-i.


Apakah Kelebihan  A-Life Cancer 360-i???
Sekiranya seseorang itu didiagnos mengidap kanser, selain rawatan, perkara yang paling menyukarkan pesakit adalah kos-kos sampingan untuk menjalani rawatan. Zaman sekarang sudah ramai yang memiliki medikal kad atau kad rawatan hospital. Bagaimanapun, medikal kad adalah untuk kegunaan semasa mendapatkan rawatan sahaja. Bagaimana dengan kos-kos lain seperti:

  • Kos perjalanan pergi dan balik ketika mendapatkan rawatan.
  • Kos tempat tinggal.
  • Kos ujian untuk rawatan.
  • Kos jagaan anak-anak ketika anda mendapatkan rawatan.
  • Kos rawatan alternatif.
  • Pinjaman atau sewa rumah.
  • Pinjaman kereta.
  • Belanja Harian Keluarga.
  • Pendidikan anak-anak. 
 Dalam tempoh penyembuhan ini, pelan  A-Life Cancer 360-i mampu untuk meringankan beban anda
Antara Ciri-ciri Pelan Perlindungan Kanser ini adalah :

1) Perlindungan Kanser Peringkat Awal (Early Cancer Protection) dari Tahap 1 lagi di mana :

  • 30% akan dibayar apabila didiagnos kanser Tahap 1.
  • 10% dibayar pada tempoh 6 bulan pertama.
  • 10% dibayar pada tempoh 6 bulan kedua.
  • Sekiranya anda masih tidak didiagnos kanser Tahap 3 @ 4, Pada tahun kedua Power Reset akan mengembalikan jumlah perlindungan anda kepada 100% balik. 

2) Perlindungan Kanser. Sekiranya didiagnos kanser, faedah berikut akan diberikan kepada anda :

  • Pampasan Penyakit Kanser 100%
  • Pendapatan Pemulihan Lanjutan : Setelah diberikan pampasan 100%, anda layak untuk mendapatkan pendapatan 10% dari jumlah perlindungan selama 5 tahun.

3) Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan? :

  • Sekiranya sehingga umur 80 tahun, anda tidak membuat sebarang tuntutan, anda layak untuk menuntut jumlah perlindungan 100%.
  • Jumlah ini adalah lebih tinggi dari jumlah caruman yang anda 

4) Faedah Lain :

  • Khairat kematian 10% dari jumlah perlindungan (selain dari kemalangan) 
Jadi, sekiranya anda telah mengidap penyakit kritikal lain selain kanser, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pelan takaful dari AIA Public Takaful.

Hubungi saya di 011 2675 2786atau

 Email qaliphbrothersmanagement@gmail.com 

 

 

Jumaat, 5 Jun 2015

A-Life Link

A-LifeLink-i turut memberi anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian faedah-faedah tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan anda yang berbeza di pelbagai peringkat hidup. Lebih-lebih lagi, pelan ini boleh membantu anda untuk mengumpul dan menjana kekayaan anda mengikut jangka masa yang tertentu.
A-LifeLink-i juga meningkatkan perlindungan anda secara automatik tanpa kos tambahan melalui Bonus Ulang Tahun!!!  Anda juga boleh memilih rider-rider tambahan utk melengkapkan pelan perlindungan anda. Antara rider-rider yg ada seperti :
1. A-Plus CriticalCare-i (APCC) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 36 jenis Penyakit Kritikal (stage 3 dan 4), pampasan akan diberikan. Ia melindungi sehingga umur 100 tahun atau sehingga penamatan sijil asas yang mana terlebih dahulu.
2.  A-Plus Multi CriticalCare-I (APMC) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 36 jenis Penyakit Kritikal (stage 3 dan 4)yang dikategorikan kepada 6 kumpulan, pampasan akan diberikan. Ia melindungi sehingga umur 85 tahun atau sehingga penamatan sijil asas, yang mana terlebih dahulu.
3.  A-Plus Early CriticalCare-i (APECC) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 92 jenis Penyakit Kritikal (stage 1, 2, 3 dan 4) yang dikategorikan kepada keparahan ringan, sederhana atau parah. Ia juga meliputi peristiwa Penyakit Kritikal dalam bentuk Angioplasti dan Rawatan pembedahan lain untuk Pernyakit Arteri Koronari Utama. Ia melindungi sehingga umur 85 tahun atau sehingga penamatan sijil asas, yang mana terlebih dahulu.
4.  A-Plus WaiverExtra-i (APWE) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 35 jenis Penyakit Kritikal (stage 3 dan 4)atau sebenarnya sebenarnya menjalani pembedahan bagi penyakit (35 jenis penyakit) sebelum umur 100 tahun atau mengalami Hilang Upaya (Menyeluruh dan Kekal / Presumtif) sebelum umur 70 tahun.
5.  A-Plus GenNext-i (APGN) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya Orang Dilindungi didiagnosiskan mengalami sebarang kerugian atau memenuhi takrifan-takrifan bagi faedah-faedah seperti Faedah Cabaran Kesihatan (kemalangan atau penyakit) atau Faedah Cabaran Perubahan Hidup (kanser peringkat awal / penyakit jantung peringkat awal) atau Faedah Perlindungan Tambahan (kehilangan anggota akibat kemalangan / didiagnosis dengan 35 jenis Penyakit Kritikal. Elaun atau pampasan akan diberikan.
6.  A-Plus Venuz-i (APV) – Faedah Penyakit Kritikal (Perempuan sahaja)
Sekiranya Orang Dilindungi (Perempuan sahaja) didiagnos mengalami mana-mana satu kehilangan atau memenuhi takrifan faedah-faedah yang disenaraikan dalam Sijil Takaful. Faedah merangkumi Penyakit Wanita(kanser organ wanita, karsinoma-in.situ, lupus eritematosus sistematik), Faedah Rawatan (lumpektomi / mastektomi / pembentukan semula payu dara, pembedahan organ, pembentukan semula wajah akibat kemalangan, pemindahan kulit, retakan osteoporotik) dan Rawatan Kesejahteraan (ragut, penggantian hormon akibat putus haid, hilang upaya sementara, psikoterapi). Ia melindungi sehingga umur 70 tahun atau sehingga penamatan sijil asas, yang mana terlebih dahulu.
7.  A-Plus Venuz-i Extra (APVX) – Faedah Penyakit Kritikal (Perempuan sahaja)
Sekiranya Orang Dilindungi (Perempuan sahaja) didiagnos mengalami mana-mana satu kehilangan atau memenuhi takrifan faedah-faedah yang disenaraikan dalam Sijil Takaful semasa rider ini berkuatkuasa, Pengendali Takaful akan membayar pampasan terhadap Penyakit Wanita, Faedah Rawatan, Rawatan Kesejahteraan dan Faedah Kehamilan (komplikasi kehamilan, anomali kongenital dan kematian fetus / kematian anak).
8.  A-Plus Med-i (APM) – Faedah Hospital dan Pembedahan
Orang /Ahli Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital, mengalami Pembedahan dan / atau rawatan kecemasan akibat Kemalangan Pesakit Luar disebabkan oleh Hilang Upaya tertakluk kepada pelan faedah yang berkenaan dan terma-terma dan syarat-syarat. Perlindungan ini juga tertakluk kepada pasangan dan anak-anak (maksimum 4 orang anak) dengan had faedah yang sama tanpa berkongsi. Kad perubatan (medical card) akan diberikan kepada orang yang dilindungi. Ia melindungi sehingga umur 100 tahun atau sehingga penamatan sijil asas yang mana terlebih dahulu.
9.  A-Plus MedBooster-i (APMB) – Faedah Hospital dan Pembedahan
Manfaat sama seperti A-Plus Med-I (APM) tetapi menawarkan had tahunan yang lebih tinggi dan faedah tambahan yang dipertingkatkan. Harus diambil bersama dengan rider A-Plus Med-I (APM). Ia melindungi sehingga umur 100 tahun atau sehingga penamatan sijil asas yang mana terlebih dahulu.
10.  A-Plus Total AccidentShield-i (APTAS) – Faedah Kemalangan
Berlaku kematian akibat kemalangan semasa rider berkuatkuasa dan sebelum tamat tempoh rider, pampasan akan dibayar selain daripada Jumlah Faedah Kematian. Sekiranya anda mengalami kecederaan akibat kemalangan seperti tersenarai dalam sijil Takaful rider, anda layak untuk menerima faedah-faedahnya seperti yang termaktub dalam sijil Takaful rider. Selain Faedah Kematian Kemalangan dan Kecacatan, rider ini juga menyediakan Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (PTD), Faedah Hilang Upaya Sementara dan Faedah Pembayaran Balik Perubatan.
11.  A-Plus AccidentShield-i (APAS) – Faedah Kemalangan
Berlaku kematian akibat kemalangan semasa rider berkuatkuasa dan sebelum tamat tempoh rider, pampasan akan dibayar selain daripada Jumlah Faedah Kematian. Sekiranya anda mengalami kecederaan akibat kemalangan seperti tersenarai dalam sijil Takaful rider, anda layak untuk menerima faedah-faedahnya seperti yang termaktub dalam sijil Takaful rider.
12.  Faedah Keganasan dan Rusuhan Awam (RCC) – Faedah Kemalangan
Melindungi kemalangan akibat serangan, pembunuhan, rusuhan dan kekecohan awam.
13.  A-Plus HospitalIncome Extra-I (APHIE) – Faedah Pendapatan Hospital
Apabila dimasukkan ke hospital akibat Hilang Upaya, akan menerima pendapatan harian. Pendapatan harian akan digandakan sebanyak tiga kali jika kemasukkan meliputi ICU. Pendapatan harian hospital yang tersebut tanpa mengira perbelanjaan hospital sebenar yang dicaj. Kadar harian bermula dari RM50 sehingga RM400 sehari.
14.  A-Plus DisabilityCash-i (APDH) – Faedah Kematian
Jumlah pampasan yang akan dibayar apabila berlakunya yang mana lebih awal kejadian-kejadian seperti Kematian Orang Dilindungi atau Orang Dilindungi tidak lagi menderita daripada Hilang Upaya Secara menyeluruh & Kekal (PTD) atau Orang Dilindungi mencapai umur 75 tahun.
Ini merupakan penerangan secara ringkas. Untuk mengetahui secara lebih terperinci, boleh hubungi saya di 
talian 011-2675 2786 Mohd Zulfadli.

Khamis, 4 Jun 2015

A Life MED REGULAR-i (ALMR-i)

AIA Public Takaful A Life MED REGULAR-i (ALMR-i) Family Medical Card.

Perbelanjaan perubatan yang kian meningkat akan menjejaskan simpanan anda jika berlakunya penghospitalan atau pembedahan. Dengan AIA Takaful ALMR-i, kami boleh membantu anda untuk mencegah kemerosotan kewangan kerana pelan ini menawarkan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga umur 100 tahun. Selain itu, pelan ini juga menawarkan had jumlah keseluruhan seumur hidup yang tidak terbatas bagi setiap orang dilindungi di mana anda tidak perlu bimbang akan kekurangan pembayaran balik perubatan dalam jangka masa yang panjang.
Oleh itu, anda dapat menumpukan perhatian untuk meningkatkan simpanan anda tanpa perlu bimbang akan penyusutan simpanan disebabkan kejadian yang tidak diduga.

Apakah itu AIA Public Takaful ALMR-i
 

ALMR-i adalah pelan perubatan caruman tetap yang meliputi kos penghospitalan dan
pembedahan dalam keadaan penghospitalan kerana sakit atau punca kemalangan. Pelan ini menyediakan faedah tambahan yang boleh dilampirkan bersama pelan-pelan takaful keluarga dan takaful berkaitan-pelaburan.

AMAUN PERLINDUNGAN


Bolehkah saya memperluaskan amaun perlindungan kepada ahli keluarga saya di dalam pelan ini?


Anda mempunyai pilihan untuk memperluaskan perlindungan ini kepada ahli keluarga anda. 


Tiga (3) pelan keluarga yang disediakan adalah:
(i)  Suami + Isteri
(ii) Bapa + 4 orang anak
(iii) Isteri + 4 orang anak
(Iv) Suami + Isteri + 4 orang anak (keluarga)
(V) individu

Dalam pelan keluarga, semua ahli keluarga yang dilindungi dalam satu sijil akan dilindungi dengan amaun yang sama.


All AIA Public Takaful Medical Card Plan is LIFETIME UNLIMITED!!!



Faedah2 di bawah pelan AIA Public Takaful ALMR-i, Medikal Kad Tanpa Had Sepanjang Hayat (Standalone) : 





Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 011-2675 2786 atau isi maklumat anda diruangan maklumat. Anda akan dihubungi dengan secepat mungkin.
 

Pengenalan

Tujuan blog ini ditulis adalah untuk berkongsi ilmu mengenai insurans dan takaful buat para pembaca tidak kiralah samada pelajar kolej atau universitipekerja awam mahupun swasta serta golongan pesara. Blog ini juga bukanlah sekadar memaparkan ilmu kewangan dari segi insurans dan takaful sahaja, malah ia lebih dari itu kerana ia turut merangkumi pelbagai aspek motivasi kewangan, tips keusahawanan, pelaburan,insurans, takaful, teknik menambah pendapatan sampingan, dan pelbagai lagi! 

Diharap dengan adanya blog ini dapatlah saya berkongsi serba sedikit info-info berkaitan insuran/takaful kepada pembaca blog ini agar dapat memberi kesedaran utk memilih produk-produk islamic terutamanya dari Aia Public Takaful. 

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 011-2675 2786. Insyaallah saya boleh memberi sedikit nasihat. Anda juga boleh lawati fanpage facebook saya di Takaful Keluarga Mampu Milik.

Selasa, 2 Jun 2015

Apakah itu insuran dan Takaful


Artikel ini akan membantu anda memahami insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumat tentang jenis produk insurans dan takaful yang terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas insurans dan Takaful


Apakah itu insurans?

Secara mudahnya insurans ialah memindah risiko/kerugian individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat anda kepada syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang di tanggung oleh anda. Termasuklah menanggung anda dan nyawa anda seperti risiko kematiankesakitanketidakupayaan dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai pemegang polisi.


Apakah itu takaful?

Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip Islamiaitu saling menjamin, apabila sekumpulan peserta bersetujuuntuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertai skim takaful, anda bersetuju menderma sebahagian daripada caruman ke dalamkumpulan/tabung wang takaful bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang mengalami mana-mana kerugian tertentu. Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorang peserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wang takaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja boleh menyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan agama seseorang itu.

Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yang berbeza untuk melindungi harta bendanyawakesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh memenuhi keperluan anda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati ialah:

  • Insurans hayat/ takaful keluarga,  selalunya digunakan sebagai satu cara untuk memberikan bantuan kewangan kepada tanggungan anda sekiranya anda meninggal dunia atau tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau ketidakupayaan. Anda juga boleh menabung atau melabur melalui insurans hayat/ takaful keluarga.
  • Insurans/ takaful motor, yang akan memberikan pampasan bagi kerugian tertentu disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan. Ia turut memberikan pampasan untuk kerugian pihak lain yang diakibatkan oleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatu kemalangan.
  • Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yang akan membayar pampasan bagi kerugian tertentu apabila rumah atau harta peribadi anda musnah akibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadian tersebut.
  • Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yang membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan. Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan dan perkhidmatan perubatan.
  • Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akan membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya disebabkan kemalangan atau meninggal dunia.


Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada  sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah?

Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua pengendali takaful bagi memastikan operasi takaful mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia.


Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful?

Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelan takaful:

  • Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful;
  • Melalui ejen berdaftar penasihat kewangan atau broker berlesen; dan
  • Melalui institusi perbankan yang mempunyai pengurusan bankasuransdengan syarikat insurans atau pengurusan banktakaful dengan pengendali takaful.

Isnin, 1 Jun 2015

Fleksible Medical Kad : Standalone atau Investment link

Pengenalan Kad Perubatan (Medical Card)

Kad Perubatan adalah manfaat perlindungan bagi menanggung Kos Rawatan Hospital terutamanya di Hospital Swasta.



Objektif utama untuk perlindungan ini adalah untuk menanggung segala kos yang di kenakan oleh pelanggan tanpa mengenakan bayaran daripada pelanggan (orang yang dilindungi) kepada pihak Hospital (cashless). Bergantung kepada terma ko-takaful.


Apakah faktor Pemilihan Kad Perubatan?


a. Produk

  1. Jumlah pembayaran sebulan/setahun untuk perlindungan Kad Perubatan
  2. Terma Ko-Takaful atau Tidak - samada produk yang ditawarkan 100% di tanggung atau pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah Kos Hospital
  3. Had Tahunan dan Had Seumur hidup
  4. Sebagai pelan Standalone atau Rider
b. Pelanggan

  1. Keperluan Pelanggan - Keperluan Perlindungan dari Segi Limit Tahunan dan Limit Seumur Hidup
  2. Kemampuan Kewangan - Berapa banyak nilai Premium/Contribution sanggup dikeluarkan oleh pelanggan
  3. Kad Perubatan daripada Majikan - Sesetengan pelanggan sudah dilindugi faedah hospital melalui Majikan

Apakah Pelan Kad Perubatan Standalone dan Rider?


Pelan Kad Perubatan (Standalone) adalah faedah Penghospitalan sahaja tanpa mempunyai apa-apa pelan sampingan. Manakala pelan kad Perubatan (Rider) adalah pelan di mana mempunyai pakej beserta pelan asas (kematian dan Investment-Link)

Anda sebagai pengguna harus faham akan perbezaan pelan Kad Perubatan ini kerana setiap pelan (standalone dengan Rider) mempunyai kebaikan dan kekurangan. Dan yang paling penting adalah KEPERLUAN anda untuk mengambil pelan Kad Perubatan ini.


Apakah perbezaan Kad Perubatan (Standalone) dengan Kad Perubatan (Rider)?

Pemilihan Kad Perubatan ini bergantung kepada keperluan anda. Jika anda hanya inginkan Pelan Rawatan Hospital Sahaja anda cuma perlu pilih Standalone. Tetapi Jika anda inginkan pelan beserta Pelan-Pelan Sampingan anda boleh pilih pelan Rider. Ini bergantung komitmen kewangan anda dan juga matlamat kewangan anda dan keluarga.


Adakah Had Tahunan dan Had Seumur Hidup penting dalam Pemilihan?

Pertama sekali, kami ingin menyatakan dahulu bahawa had tahunan adalah nilai had yang ditanggung oleh syarikat Takaful/Insurans atas kos rawatan Hospital di dalam satu tahun polisi. Manakala had seumur hidup merupakan jumlah kos hospital yang ditanggung seumur hidup.

Menjawab soalan di atas, pemilihan had tahunan adalah lebih penting. Ini kerana jika anda dilindungi sehingga sebanyak RM1 Juta untuk seumur hidup tetapi nilai had tahunan hanya RM100,000, anda hanya boleh dilindungi selama 10 Tahun jika andatelah membuat tuntutan setiap tahun RM100,000.



Untuk Makluman anda, kos rawatan hospital secara tidak sedar meningkat dari tahun demi tahun. Kita tidak tahu 5/10/20 tahun akan datang nilai kos rawatan ini meningkat berapa banyak. Jadi, faktor ini perlu diambil berat dalam pemilihan kad Perubatan. Nilai had tahunan selalunya di ambil kira kerana selalunya had tahunan ini yang selalunya terhad dan selalu tamat.


Ko-Takaful

Ko-Takaful ini adalah terma di mana Pelanggan perlu membayar 10% daripada bil kos Rawatan hospital kepada Pihak Hospital. Terma ini di wujudkan kerana mengelak daripada salah guna Kad Perubatan untuk kepentingan peribadi.

Ada sesetengah Produk Kad Perubatan di pasaran menawarkan 100% rawatan Hospital tanpa dikenakan Ko-Takaful. tetapi jika anda membuat perbandingan, kebiasaanya produk yang tiada Ko-Takaful lebih mahal daripada produk yang memerlukan Ko-takaful.


Kesimpulan

Faktor-faktor di atas perlu diambil kira dan anda perlu jelas tentang manfaat yang anda peroleh daripada Pelan Kad Perubatan yang ditawarkan. Kebiasaanya pelanggan kelirudengan pelan yang diambil kerana kurang jelas dan tidak membuat kaji selidik pasaran di luar.

Dan yang paling penting, matlamat anda untuk mengambil pelan perlindungan ini perlu jelas di samping keperluan anda dari kewangannilai perlidungan dan manfaat yang anda akan peroleh.

(Ini adalah pandangan peribadi kami sebagai Perunding Takaful dan juga sebagai pengguna Takaful)