Isnin, 1 Jun 2015

Fleksible Medical Kad : Standalone atau Investment link

Pengenalan Kad Perubatan (Medical Card)

Kad Perubatan adalah manfaat perlindungan bagi menanggung Kos Rawatan Hospital terutamanya di Hospital Swasta.



Objektif utama untuk perlindungan ini adalah untuk menanggung segala kos yang di kenakan oleh pelanggan tanpa mengenakan bayaran daripada pelanggan (orang yang dilindungi) kepada pihak Hospital (cashless). Bergantung kepada terma ko-takaful.


Apakah faktor Pemilihan Kad Perubatan?


a. Produk

  1. Jumlah pembayaran sebulan/setahun untuk perlindungan Kad Perubatan
  2. Terma Ko-Takaful atau Tidak - samada produk yang ditawarkan 100% di tanggung atau pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah Kos Hospital
  3. Had Tahunan dan Had Seumur hidup
  4. Sebagai pelan Standalone atau Rider
b. Pelanggan

  1. Keperluan Pelanggan - Keperluan Perlindungan dari Segi Limit Tahunan dan Limit Seumur Hidup
  2. Kemampuan Kewangan - Berapa banyak nilai Premium/Contribution sanggup dikeluarkan oleh pelanggan
  3. Kad Perubatan daripada Majikan - Sesetengan pelanggan sudah dilindugi faedah hospital melalui Majikan

Apakah Pelan Kad Perubatan Standalone dan Rider?


Pelan Kad Perubatan (Standalone) adalah faedah Penghospitalan sahaja tanpa mempunyai apa-apa pelan sampingan. Manakala pelan kad Perubatan (Rider) adalah pelan di mana mempunyai pakej beserta pelan asas (kematian dan Investment-Link)

Anda sebagai pengguna harus faham akan perbezaan pelan Kad Perubatan ini kerana setiap pelan (standalone dengan Rider) mempunyai kebaikan dan kekurangan. Dan yang paling penting adalah KEPERLUAN anda untuk mengambil pelan Kad Perubatan ini.


Apakah perbezaan Kad Perubatan (Standalone) dengan Kad Perubatan (Rider)?

Pemilihan Kad Perubatan ini bergantung kepada keperluan anda. Jika anda hanya inginkan Pelan Rawatan Hospital Sahaja anda cuma perlu pilih Standalone. Tetapi Jika anda inginkan pelan beserta Pelan-Pelan Sampingan anda boleh pilih pelan Rider. Ini bergantung komitmen kewangan anda dan juga matlamat kewangan anda dan keluarga.


Adakah Had Tahunan dan Had Seumur Hidup penting dalam Pemilihan?

Pertama sekali, kami ingin menyatakan dahulu bahawa had tahunan adalah nilai had yang ditanggung oleh syarikat Takaful/Insurans atas kos rawatan Hospital di dalam satu tahun polisi. Manakala had seumur hidup merupakan jumlah kos hospital yang ditanggung seumur hidup.

Menjawab soalan di atas, pemilihan had tahunan adalah lebih penting. Ini kerana jika anda dilindungi sehingga sebanyak RM1 Juta untuk seumur hidup tetapi nilai had tahunan hanya RM100,000, anda hanya boleh dilindungi selama 10 Tahun jika andatelah membuat tuntutan setiap tahun RM100,000.



Untuk Makluman anda, kos rawatan hospital secara tidak sedar meningkat dari tahun demi tahun. Kita tidak tahu 5/10/20 tahun akan datang nilai kos rawatan ini meningkat berapa banyak. Jadi, faktor ini perlu diambil berat dalam pemilihan kad Perubatan. Nilai had tahunan selalunya di ambil kira kerana selalunya had tahunan ini yang selalunya terhad dan selalu tamat.


Ko-Takaful

Ko-Takaful ini adalah terma di mana Pelanggan perlu membayar 10% daripada bil kos Rawatan hospital kepada Pihak Hospital. Terma ini di wujudkan kerana mengelak daripada salah guna Kad Perubatan untuk kepentingan peribadi.

Ada sesetengah Produk Kad Perubatan di pasaran menawarkan 100% rawatan Hospital tanpa dikenakan Ko-Takaful. tetapi jika anda membuat perbandingan, kebiasaanya produk yang tiada Ko-Takaful lebih mahal daripada produk yang memerlukan Ko-takaful.


Kesimpulan

Faktor-faktor di atas perlu diambil kira dan anda perlu jelas tentang manfaat yang anda peroleh daripada Pelan Kad Perubatan yang ditawarkan. Kebiasaanya pelanggan kelirudengan pelan yang diambil kerana kurang jelas dan tidak membuat kaji selidik pasaran di luar.

Dan yang paling penting, matlamat anda untuk mengambil pelan perlindungan ini perlu jelas di samping keperluan anda dari kewangannilai perlidungan dan manfaat yang anda akan peroleh.

(Ini adalah pandangan peribadi kami sebagai Perunding Takaful dan juga sebagai pengguna Takaful)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan